Monday, July 13, 2009
SLIP KEPUTUSANMU
Jumaat,bersamaan 10 julai 2009 juga hari terakhirku di sekolah merupakan hari bertemu pelanggan. di mana ibubapa akan datang untuk mengambil slip peperiksaan anak kesayangan..bermcm-mcm ragam boleh disaksikan,kadang lucu jugak..tapi yang paling indah bila melihat kasih sayang seorg ayah kepada anaknya,kasih ibu kepada anaknya..tak ternilai dengan wang ringgit..betapa agungnya Allah menciptakan manusia yang penuh dengan kasih syg..anak ditatang bagai minyak yang penuh..takut kalau-kalau minyak tumpah.Aku ditugaskan untuk berdampingan dengan seorang guru kelas yg pastinya tak perlu aku sebutkan namanya..biarlah rahsia..hehe!aku ditugaskan untuk menulis resit bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh ibubapa yang hadir mengambil slip peperiksaan..kebetulan kelas yang aku ditugaskan nie adalah kelas yang aku ajar subjek bhs arab selama aku praktikal,baru je kelmarin aku mengajar mereka buat kali terakhir tapi berjumpa lagi hari nie buat 2 kali yang terakhir..jam sudah menunjukkan pukul 9 lebih..semakin ramai ibubapa membanjiri dewan yang tersergam indah..seram sejuk jugak aku nak berdepan dengan ibubapa takut-takut kalau ditanya..tapi tak,sikit-sikit adalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment