Friday, July 31, 2009

TERIMA KASIH ANAK MURIDKU


Tiada kata harus ku lafazkan untuk menyatakan cintaku padamu...teringat bait2 lagu yang arni nazira pernah nyanyikan...jangan diucap selamat tinggal..walaupun seketika,walaupun sekelip mata..simpan saja kata2 selagi hayat yang ada...kumpulan shades..banyak lagi lagu yang nak difikirkan tapi tetiba rangkap2 nie terus menusuk di dalam fikiran..terasa rindu saat2 praktikal yang aku tempuh di sekolah yang memang bukan dalam senarai pilihan tempat yang aku inginkan...tapi memang betul bila kata2,apa yang kita paling tak suka itulah yang akan kita dapat..makin kita hendak jauh darinya makin dekat dia menghampiri..bila berfikir,berfikir berulang kali...kita punya silap,manusia memang tak akan lari dari membuat apa-apa kesilapan..tidak ada manusia yang tidak pernah membuat dosa. Tapi kita lalai, leka,lupa..pura2 tak ingat..em..itulah kita bernama manusia...kita lupa apa yang kita hadapi,kita terima adalah ketentuan dari ALLAH..kita lupa,kita tak tahu apa yang kita benci,kita tak nak itulah yang terbaik ALLAH berikan kepada kita...dan inilah aku sebagai seorang manusia yang pelupa...bila aku ingat sedih rasanya...mcm nak saja aku ulangi praktikal di sekolah tersebut sekali lagi.Boleh!cuma dalam mimpi..Buat anak muridku,sebulan kita bersama namun seakan telah lama kita bersua..mungkin ada yang pernah membuka blog ustaza nie mahupun tidak tapi ustaza teringin menyatakan bahawa SAMER adalah sekolah yang Da BEST! Terima kasih ustaza ucapkan kerana telah menjadi anak murid yang baik..terima kasih kerana sudi menerima kekurangan pada diri ustaza..terima kasih kerana setia menunggu kehadiran ustaza setiap kali masuk ke kelas..terima kasih kerana menghadiahkan senyuman yang teramat manis buat ustaza dan yang paling ustaza ingin ucapkan adalah..terima kasih kerana anda semua telah mengukir satu memori yang terlalu indah dalam lipatan kenangan hidup dan hati ustaza..tiada apa yang dapat ustaza berikan sebagai balasan..hanya iringan doa buat anda hingga ke syurga...Sampai syurga ku cintamu...ustaza bersyukur kerana ALLAH telah mempertemukan kita...

No comments:

Post a Comment