Tuesday, July 14, 2009

SIAPAKAH GURU ITU?

Aaaa..selalunya hari guru dilaksanakan tepat pada tarikhnya,tapi kerana kekangan yang lebih penting insan yang bergelar guru di sekolah aku nie terpaksa menangguhkan kepada tarikh yang sesuai,besar pengorbanan guru nie murid-murid..sepatutnya hari yang meraikan jasa seorang guru,tapi ditunda kerana mementingkan anak murid kesayangan dapat menumpukan perhatian dalam peperiksaan pertengahan tahun..kena ucap TERIMA KASIH jangan lupa.Tibalah hari guru yang dinantikan,bermcm2 sambutan guru dan pelajar raikan,permainan di antara guru yang merapatkan lagi ukhwah silaturahim antara mereka dan antara para pelajar..gelak ketawa pun bersama-sama,aku pun sempat juga ikut serta,tapi mana yang patut jelah..hehe!tak boleh lebih2.main punya main letih pulak..sampaila acara yang terakhir dok diam2 dekat pelajar..malu,tapi hentam sajalah jadi penonton guru-guru yang main pin boling..sebelum habis ada pulak acara yang terakhir..ada lagi!aku pun ikut jelah bersama 2 lagi rakan kesayanganku,kali nie dalam rumah Allah,di dalamnya murid2 menganjurkan acara gubahan sayur kreatif..setahu aku ibu2 memang kreatif jadi kami yang belum nak jadi ibu mengalah dulu..hebat saingan tapi kami bertiga nie teruja nak ikut,jadi kami pun duduk..kira main tipula sebab buat 3 orang..haha!tapi tak menang..yg penting kami perasan gubahan kami unik..sekali tengok menakutkan pulak..apa yang membuatkan aku tersentak bila 3 pelajar yang belum rasmi aku mengajar,belum sempat aku mengenali mereka,aku telah terima tiga layangan kad hari guru pada waktu yang sama tapi di tempat yang tak jauh2 jaraknya..kalau kita yang malu nie kata sembunyi2..mcm tuela kisahnya,(1)belum sempat aku nak duduk datang seorg murid,dia sembunyikan sesuatu dalam tudung,aku pun takut juga tiba2 di menghulurkan tgn dan kucup tanganku sambil membisikkan di telingaku "USTAZAH,SELAMAT HARI GURU"..nie untuk ustazah,nie saja yang mampu saya bagi untuk ustazah pada hari guru,tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain ucapan terima kasih yang tak terbalas nilainya dengan harga kad tersebut..terima kasih ya..(2)dengan semangat berkobar-kobar nak amik tempat untuk duduk dtg lagi seorang murid yang menghulurkan kata salam,"ASSALAMMUALAIKUM USTAZAH"..nie untuk ustazah"ha!banyaknya dalam hati aku,bagi seorg guru praktikal yang baru ingin memulakan cabaran mcm aku nie..2 kad nie sudah cukup bnyk terkesan di hati aku.."TERIMA KASIH YA..TAPI USTAZAH BELUM MENGAJAR KAMU.."takpelah ustazah,ambikla..(3)dalam kesibukan murid memberi sokongan kepada guru2 untuk menyiapkan gubahan,kami bertiga pun ikut main2,bergabung 3 tenaga,3 idea..susah juga nak mengubah,kecuali yang betul2 kreatif..sedang aku duduk bersila,tiba2 datang satu suara yang tidak aku kenali di belakangku,"USTAZAH.."ya!kenapa?"NIE..UNTUK USTAZAH"dengan rendah hatinya dia menyorong kad hari guru dibelakang tempat duduk ku,aku bertanya kenapa simpan kat sini.."SAYA TAKUT ADA ORANG YANG NAMPAK"insyaALLAH tidak..terimalah ustazah..ya,terima kasih sangat2 ya.."TERIMA KASIH USTAZAH"sama2..itulah akhirnya 3 kad ucapan pertama hari guruku,tapi aku belum lagi mengajar mereka..aku pun bertanya kepada diri sendiri..adakah mereka salah?betulkah aku punya?bermain2 dalam fikiran,sepanjang tempoh seminggu aku berfikir,melihat berulang kali kad tersebut,tanpa aku sedari,balik saja dari sekolah aku telah meletakkan 3 kad ucapan tersebut di dalam AL-QURAN pada halaman paling terakhir..tiada apa yang dapat aku ucapkan kepada mereka..apa yang mampu aku katakan dalam hati..terima kasih ustazah ucapkan,untuk pengetahuan kamu nielah 3 kad pertama dalam hidup ustazah pernah dapat dari insan yang bergelar pelajar sempena hari guru..semoga kita berjumpa lagi selepas cuti sekolah nanti,ustazah harap kamu jaga diri elok2..salam sayang..

No comments:

Post a Comment