Wednesday, July 14, 2010
ku kutip ilmu GURU
hujan melimpah basah bumi
subur ilmu mencanai akal
ia membawa secangkir air
tanah basah ketika dicurah
di titis ke padang tandus
menjirus ke pasir hangus
padi berisi semakin tunduk
ubi berisi diam menjadi
setitis dari lautan air
membasah ke padang ilmu
melimpah banjir
ke otak ahli fikir
di depan lautan kehidupan
menanti gelombang bimbang
aku mencari erti berani
di dalam kata - kata arifnya
kukutip ilmu guru
azimat keramat di dadaku.
Thursday, May 13, 2010
SELAMAT HARI GURU
Ucapan ini teristimewa ditujukan kepada insan yang bergelar guru,cikgu,ustazah dan ustaz di seluruh pelusuk alam semesta..hari guru yang akan diraikan pada 16 mei nie adalah paling bermakna bagi insan yang terpilih..tiada ungkapan yang dapat diucapkan selain ucapan "terima kasih cikgu.."selamat hari guru,cikgu"..itulah bait-bait kata yang akan dikeluarkan dari mulut,bibir seorang murid dan pelajar kepada guru yang disanjung tinggi.."Jasamu dikenang wahai guruku.."gembira berbaur sedih bila mengenangkan hari guru yang bakal diraikan..murid sekarang jauh berbeda dengan murid di zaman kita dahulu..Apabila ditanya bila hari guru?Murid menjawab tahun depan, dah limpaslah cikgu,buat apa mau diraikan..?kalau guru yang panas baran dah lama kena pelempang..Tapi kerana si guru ini penyabar orangnya ditanya berkali-kali akhirnya seorang murid dapat menjawab dengan betul dan habuannya rm1 ramai pulak nak jawab betul..realiti sekarang jauh realitinya dengan jangkauan kita..wahai murid-murid masihkah kau menghargai jasa guru?adakah kau akan ingat guru kamu setelah keluar nanti?Entahlah..sukar diramal..apapun semoga guru di Malaysia akan tabah dalam mengharungi profesion keguruan..semoga murid kita akan berjaya dalam hidupnya..
Ucapan ini teristimewa ditujukan kepada insan yang bergelar guru,cikgu,ustazah dan ustaz di seluruh pelusuk alam semesta..hari guru yang akan diraikan pada 16 mei nie adalah paling bermakna bagi insan yang terpilih..tiada ungkapan yang dapat diucapkan selain ucapan "terima kasih cikgu.."selamat hari guru,cikgu"..itulah bait-bait kata yang akan dikeluarkan dari mulut,bibir seorang murid dan pelajar kepada guru yang disanjung tinggi.."Jasamu dikenang wahai guruku.."gembira berbaur sedih bila mengenangkan hari guru yang bakal diraikan..murid sekarang jauh berbeda dengan murid di zaman kita dahulu..Apabila ditanya bila hari guru?Murid menjawab tahun depan, dah limpaslah cikgu,buat apa mau diraikan..?kalau guru yang panas baran dah lama kena pelempang..Tapi kerana si guru ini penyabar orangnya ditanya berkali-kali akhirnya seorang murid dapat menjawab dengan betul dan habuannya rm1 ramai pulak nak jawab betul..realiti sekarang jauh realitinya dengan jangkauan kita..wahai murid-murid masihkah kau menghargai jasa guru?adakah kau akan ingat guru kamu setelah keluar nanti?Entahlah..sukar diramal..apapun semoga guru di Malaysia akan tabah dalam mengharungi profesion keguruan..semoga murid kita akan berjaya dalam hidupnya..
Friday, July 31, 2009
TERIMA KASIH ANAK MURIDKU
Tiada kata harus ku lafazkan untuk menyatakan cintaku padamu...teringat bait2 lagu yang arni nazira pernah nyanyikan...jangan diucap selamat tinggal..walaupun seketika,walaupun sekelip mata..simpan saja kata2 selagi hayat yang ada...kumpulan shades..banyak lagi lagu yang nak difikirkan tapi tetiba rangkap2 nie terus menusuk di dalam fikiran..terasa rindu saat2 praktikal yang aku tempuh di sekolah yang memang bukan dalam senarai pilihan tempat yang aku inginkan...tapi memang betul bila kata2,apa yang kita paling tak suka itulah yang akan kita dapat..makin kita hendak jauh darinya makin dekat dia menghampiri..bila berfikir,berfikir berulang kali...kita punya silap,manusia memang tak akan lari dari membuat apa-apa kesilapan..tidak ada manusia yang tidak pernah membuat dosa. Tapi kita lalai, leka,lupa..pura2 tak ingat..em..itulah kita bernama manusia...kita lupa apa yang kita hadapi,kita terima adalah ketentuan dari ALLAH..kita lupa,kita tak tahu apa yang kita benci,kita tak nak itulah yang terbaik ALLAH berikan kepada kita...dan inilah aku sebagai seorang manusia yang pelupa...bila aku ingat sedih rasanya...mcm nak saja aku ulangi praktikal di sekolah tersebut sekali lagi.Boleh!cuma dalam mimpi..Buat anak muridku,sebulan kita bersama namun seakan telah lama kita bersua..mungkin ada yang pernah membuka blog ustaza nie mahupun tidak tapi ustaza teringin menyatakan bahawa SAMER adalah sekolah yang Da BEST! Terima kasih ustaza ucapkan kerana telah menjadi anak murid yang baik..terima kasih kerana sudi menerima kekurangan pada diri ustaza..terima kasih kerana setia menunggu kehadiran ustaza setiap kali masuk ke kelas..terima kasih kerana menghadiahkan senyuman yang teramat manis buat ustaza dan yang paling ustaza ingin ucapkan adalah..terima kasih kerana anda semua telah mengukir satu memori yang terlalu indah dalam lipatan kenangan hidup dan hati ustaza..tiada apa yang dapat ustaza berikan sebagai balasan..hanya iringan doa buat anda hingga ke syurga...Sampai syurga ku cintamu...ustaza bersyukur kerana ALLAH telah mempertemukan kita...
Tuesday, July 14, 2009
MANISNYA MADU
hari nie aku masuk ke kelas mcm biasa,sebagai seorg guru tanggungjawabnya adalah mengajar,tapi untuk mendidik memerlukan masa yang terlalu panjang jika dibandingkan dengan usia percubaan yg hny sebulan untuk aku menimba pengalaman,mencari kebenaran gelaran seorang guru..aku mmg tkt bila nasibku ditentukan akan menjadi seorang guru..emmm..gerun,geram..tapi bila melalui saat2 manis menjadi seorang guru praktikal aku semacam jatuh cinta dengan profesion perguruan..betapa luhur,murninya hati seorang insan yang boleh diistilahkan sebagai ibubapa kedua pelajar di sekolah..anda bagaimana?jadilah seorang guru..hehe! dalam episod manisnya madu,keinsafan yang dapat aku coretkan..mengajar sbjk yg masih kurang ilmu aku rasakan,tapi aku cuba gagahi,mengajar setiap penjuru buku,aku tuturkan setiap bait perkataan yang aku rasakan penting di samping alat bahan bantu mengajar yang aku cipta..dalam hatiku sentiasa berharap mereka faham dengan pengajaran aku..dan itu memang aku inginkan sebagai seorg guru,bila aku tanya faham ke apa ustazah ajar?...murid2 pun menjawab..faham ustazah..kalau hatiku rasa x puas hati dengan suara yang masih ada sayu2 sebab hampir nak buat peta tue..aku akan tanya banyak kali...sampai aku pun tergelak sendiri di depan kelas,tapi tak sangka pulak budak2 nie ada yang turut ketawa dengan tingkah laku aku tue..hehe..manis rasanya bila tengok senyuman,gelak ketawa si anak murid..wajah yang boleh menjadi penawar keletihan seorng guru yang dibebani bermcm2 tugasan..masa hampir tamat,aku pun membuat ulasan bg pengajaran hari ini..baiklah kita jumpa minggu hadapan..anak murid pun bagi salam,tapi aku rasa sedikit keletihan,jadi aku duduk dahulu di kerusi guru,mengemas bbm yang aku gunakan,sebelum aku nak keluar seorang murid menyapa..ustazah nak beli madu?siapa jual?kelab usahawan kalau tak silap aku..yelah,ustazah beli satu,duit lebih ustazah?ambiklah buat belanja..senyum si anak murid..tapi di sebalik itu..datang tiga anak murid kecilku ke meja guru..bertanya di mana aku tinggal,apa yang akan aku lakukan bila dah keluar nanti..tiba2 slh seorg dari murid itu berkata..ustazah..kalau nak beli madu lain kali belila dengan maman(bukan nama sebenar)kesian dia ustazah..yeke..napa?dia orang susah..tiba2 datang si anak murid yang disebutkan tadi..ustazah saya orang susah dengan selamba dia menuturkan kata,nanti nak beli bagi tau saya ya..sedangkan aku yang anak yatim kehilangan mak dalam usia yang mungkin jauh lebih besar dari dia sekilas saja teringat aduh!..terasa kelam kelopak mata digenangi air..tapi dia?si anak yang kecil..aku pun cuba bertanya..maman anak orang susah?napa?saya mana ada ayah lagi,saya anak bongsu dari 12 beradik..rasa hiba mula datang dalam hati aku,tapi aku cuba bertahan..tapi janganla cakap mcm tue..tak sedih ke?alih2 kawan dia menjawab..dia tak sedih ustazah,sebab dia ada kawan yang ramai..maman pun tersenyum..yelah..jgn sedih2..nanti ustazah beli madu dari maman ya..dia mengangguk tanda setuju..dengan rasa hormat dan kesopanan seorang murid,mereka berlalu dengan meminta izin untuk solat berjemaah di surau..w'salam..di raut wajah maman aku tau ada segaris kesedihan..tapi kerana dia seorang budak yang aktif dalam kelas,tiada siapa dapat menduga hati kecilnya..aku duduk termenung..mengingatkan arwah mak,kehidupan yang dilalui..di saat kita memerlukan kasih seorang yang kita sayang,di saat itulah dugaan datang bertimpa..tapi jangan kita kesali..kerana di kalangan umat yang diciptakanNYA.. ALLAH telah memilih kita..dan kita menjadi seorang yang kuat,tabah di sebalik apa yang terjadi..yang penting ALLAH sayangkan kita..
SIAPAKAH GURU ITU?
Aaaa..selalunya hari guru dilaksanakan tepat pada tarikhnya,tapi kerana kekangan yang lebih penting insan yang bergelar guru di sekolah aku nie terpaksa menangguhkan kepada tarikh yang sesuai,besar pengorbanan guru nie murid-murid..sepatutnya hari yang meraikan jasa seorang guru,tapi ditunda kerana mementingkan anak murid kesayangan dapat menumpukan perhatian dalam peperiksaan pertengahan tahun..kena ucap TERIMA KASIH jangan lupa.Tibalah hari guru yang dinantikan,bermcm2 sambutan guru dan pelajar raikan,permainan di antara guru yang merapatkan lagi ukhwah silaturahim antara mereka dan antara para pelajar..gelak ketawa pun bersama-sama,aku pun sempat juga ikut serta,tapi mana yang patut jelah..hehe!tak boleh lebih2.main punya main letih pulak..sampaila acara yang terakhir dok diam2 dekat pelajar..malu,tapi hentam sajalah jadi penonton guru-guru yang main pin boling..sebelum habis ada pulak acara yang terakhir..ada lagi!aku pun ikut jelah bersama 2 lagi rakan kesayanganku,kali nie dalam rumah Allah,di dalamnya murid2 menganjurkan acara gubahan sayur kreatif..setahu aku ibu2 memang kreatif jadi kami yang belum nak jadi ibu mengalah dulu..hebat saingan tapi kami bertiga nie teruja nak ikut,jadi kami pun duduk..kira main tipula sebab buat 3 orang..haha!tapi tak menang..yg penting kami perasan gubahan kami unik..sekali tengok menakutkan pulak..apa yang membuatkan aku tersentak bila 3 pelajar yang belum rasmi aku mengajar,belum sempat aku mengenali mereka,aku telah terima tiga layangan kad hari guru pada waktu yang sama tapi di tempat yang tak jauh2 jaraknya..kalau kita yang malu nie kata sembunyi2..mcm tuela kisahnya,(1)belum sempat aku nak duduk datang seorg murid,dia sembunyikan sesuatu dalam tudung,aku pun takut juga tiba2 di menghulurkan tgn dan kucup tanganku sambil membisikkan di telingaku "USTAZAH,SELAMAT HARI GURU"..nie untuk ustazah,nie saja yang mampu saya bagi untuk ustazah pada hari guru,tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain ucapan terima kasih yang tak terbalas nilainya dengan harga kad tersebut..terima kasih ya..(2)dengan semangat berkobar-kobar nak amik tempat untuk duduk dtg lagi seorang murid yang menghulurkan kata salam,"ASSALAMMUALAIKUM USTAZAH"..nie untuk ustazah"ha!banyaknya dalam hati aku,bagi seorg guru praktikal yang baru ingin memulakan cabaran mcm aku nie..2 kad nie sudah cukup bnyk terkesan di hati aku.."TERIMA KASIH YA..TAPI USTAZAH BELUM MENGAJAR KAMU.."takpelah ustazah,ambikla..(3)dalam kesibukan murid memberi sokongan kepada guru2 untuk menyiapkan gubahan,kami bertiga pun ikut main2,bergabung 3 tenaga,3 idea..susah juga nak mengubah,kecuali yang betul2 kreatif..sedang aku duduk bersila,tiba2 datang satu suara yang tidak aku kenali di belakangku,"USTAZAH.."ya!kenapa?"NIE..UNTUK USTAZAH"dengan rendah hatinya dia menyorong kad hari guru dibelakang tempat duduk ku,aku bertanya kenapa simpan kat sini.."SAYA TAKUT ADA ORANG YANG NAMPAK"insyaALLAH tidak..terimalah ustazah..ya,terima kasih sangat2 ya.."TERIMA KASIH USTAZAH"sama2..itulah akhirnya 3 kad ucapan pertama hari guruku,tapi aku belum lagi mengajar mereka..aku pun bertanya kepada diri sendiri..adakah mereka salah?betulkah aku punya?bermain2 dalam fikiran,sepanjang tempoh seminggu aku berfikir,melihat berulang kali kad tersebut,tanpa aku sedari,balik saja dari sekolah aku telah meletakkan 3 kad ucapan tersebut di dalam AL-QURAN pada halaman paling terakhir..tiada apa yang dapat aku ucapkan kepada mereka..apa yang mampu aku katakan dalam hati..terima kasih ustazah ucapkan,untuk pengetahuan kamu nielah 3 kad pertama dalam hidup ustazah pernah dapat dari insan yang bergelar pelajar sempena hari guru..semoga kita berjumpa lagi selepas cuti sekolah nanti,ustazah harap kamu jaga diri elok2..salam sayang..
Monday, July 13, 2009
DIALAH AYAHMU
aku risau sangat bila guru kelas yang aku diarahkan untuk berdampingan nie tak jugak kunjung tiba..tapi aku beranikan juga diri menutur kata kepada ibubapa yang lama menunggu..encik..puan..saya mohon maaf,saya guru praktikal,saya cume jadi peneman kepada guru kelas saya harap cik semua dapat tunggu ya..ibubapa pun mengangguk tanda terima..lega hati aku,tak lama kemudian datanglah guru tersebut,hilang rasa takut aku..cepat2 aku melambai tanda suruh dia cepat datang..sebab pakcik di depan aku nie dah lama tunggu..risau kalau tetiba naik berang tak semena-mena aku terpaksa menerima akibat..tapi syukur tiada apa yang berlaku..Alhamdulillah. si guru memberikan salam,Assalammualaikum cik,dah lama tunggu?maafla ya tadi ada masalah sikit..tak mengapa jawab si ayah budak ini..tapi aku hairan mana anaknya?aku nak juga tahu,tapi tak juga kunjung-kunjung tiba,mungkin dalam firasat aku dia mengemas pakaian sebab hari nie boleh pulang..siapa nama anak encik?si ayah menjawab Nur (bukan nama sebenar)..yeke..si guru pun memberikan slip peperiksaan anaknya itu,mana Nur?si ayah menjawab,dia kemas baju di asrama..betul jangkaan aku,kalau aku pun tak sabar kalau hari 2 boleh balik nie..tiap hari menghitung nak saja balik kampung..hehe!nie ujian prestasi 1 dan ini peperiksaan pertengahan tahun,si ayah pun melihat slip yang diberikan dengan teliti..aku cuma tunduk takut kalau-kalau cik nie nak membayar apa2,aku siap2 saja tulis jumlah tapi nama tak tulis lagi..tiba2 si ayah bertanya,mcm mana anak saya di kelas?si guru menjawab Nur seorang yang baik dan tersangat pendiam,tak pernah menunjukkan dia ada masalah..si ayah senyum,aku cuma tersenyum dalam keadaan tunduk..tandanya aku juga mendengar..tiba2 si guru bertanya cik ada lagi yang tak bayar apa2?saya baru dapat surat minggu lalu,ada sedikit resah di wajah encik nie..aku dapat rasakan..tapi dia tetap gagah bertanya,berapa yang perlu dibayar?guru itu menjawab jumlah yang sekian2,aku cuma mengiyakan dan menulis resit pembayaran..tapi hati aku terasa hiba tiba2,entah kenapa..aku x dapat menjangka apakah perasaan ini,aku cuma tunduk kerana aku rasa airmata aku mcm nak jatuh malu kalau ibubapa nampak..Allah maha kuasa,betapa agungnya Allah kurniakan kita ada hati dan perasaan di sebalik kesedihan aku ada hikmah yang Allah tunjukkan..aku tunduk dengan tanda penuh insaf apabila aku melihat kesungguhan jari jemari seorang ayah menyeluk dompet yang usang,hampir kosong untuk membayar yuran si anak,di setiap poket si ayah mencari untuk mencukupkan jumlah wang yang perlu dibayar,tapi hati aku meronta2..sudahla pakcik,jangan cari lagi,hampir berderai airmata aku tapi akan tahan dengan minum air di botol yang aku bekal dari rumah,aku cepat2 kelipkan mata aku berulang kali supaya tak ketara,akhirnya pakcik menghulurkan wang yang dia rasa telah cukup,tapi sebenarnya jumlah yang guru itu sebutkan kurang dari apa yang pakcik itu telah berikan..Ya ALLAh..apa yang berlaku..si ayah tetap tersenyum,bertanya perihal anak tanpa rasa jemu..tiba2 dia memberitahu pekerjaannya,hati aku terus runtun..lidah terasa seakan kelu,tapi kerana kekuatan tanpa aku sedari,bibirku mengatur kata..aku sendiri pun terkejut,apa yang aku ingat,encik..siapa nama anak encik?nama anak saya Nur..fikiranku seakan kembali kepada hari yang kelmarin, menyingkap kembali memori semalam,terbayang satu wajah yang aku kenali sebelum saat2 yang terakhir..diakah?!pakcik inikah ayahnya?Ya Allah,betapa murninya hatimu wahai anak muridku,kelmarin kau menangis bersamaku,terasa sebak tak terkira,kau tak pernah menyatakan kesusahan dirimu,kau senyum tiap kali aku bertanya dalam pelajaran,tiada segaris jemu tergambar diwajahmu anak muridku..tapi kenapa kau susahkan dirimu menghadiahkan gurumu yang serba kekurangan ini?dengan rasa kasih,hormatnya aku kepada si ayah yang tabah dan si anak yang terlalu tinggi budi pekertinya..pakcik..saya nak ucapkan terima kasih pada pakcik..Nur seorang pelajar,seorang anak yang baik,dia mengambil perhatian bila saya mengajar,tidak pernah mengalihkan pandangan setiap kali saya mengajar..apa yang penting pakcik,saya ucapkan terima kasih kerana Nur telah menghadiahkan saya sehelai kain tenunan kecil yang indah membolehkan aku mengesat airmata kasih dan sebentuk pena yang membolehkan aku mengukir ayat-ayat di setiap helaian kertas,disusun rapi terselitkan padanya..mengalir airmata aku apabila melihat kelopak mata si ayah bertakung untaian permata yang tiada terungkap nilainya,si ayah tahu anaknya adalah anak yang solehah..hatiku berkata..ustaza tak akan lupa padamu Nur sampai bila-bila..Nur jangan kecewakan hati ayah..kerana dialah ayahmu..
SLIP KEPUTUSANMU
Jumaat,bersamaan 10 julai 2009 juga hari terakhirku di sekolah merupakan hari bertemu pelanggan. di mana ibubapa akan datang untuk mengambil slip peperiksaan anak kesayangan..bermcm-mcm ragam boleh disaksikan,kadang lucu jugak..tapi yang paling indah bila melihat kasih sayang seorg ayah kepada anaknya,kasih ibu kepada anaknya..tak ternilai dengan wang ringgit..betapa agungnya Allah menciptakan manusia yang penuh dengan kasih syg..anak ditatang bagai minyak yang penuh..takut kalau-kalau minyak tumpah.Aku ditugaskan untuk berdampingan dengan seorang guru kelas yg pastinya tak perlu aku sebutkan namanya..biarlah rahsia..hehe!aku ditugaskan untuk menulis resit bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh ibubapa yang hadir mengambil slip peperiksaan..kebetulan kelas yang aku ditugaskan nie adalah kelas yang aku ajar subjek bhs arab selama aku praktikal,baru je kelmarin aku mengajar mereka buat kali terakhir tapi berjumpa lagi hari nie buat 2 kali yang terakhir..jam sudah menunjukkan pukul 9 lebih..semakin ramai ibubapa membanjiri dewan yang tersergam indah..seram sejuk jugak aku nak berdepan dengan ibubapa takut-takut kalau ditanya..tapi tak,sikit-sikit adalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)